PENDAHULUAN


Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna. Dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu hinggalah kain songket diRaja yang antik.
Pada zaman dahulu penduduk pribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamadun lama kain tenunan dan batik melayu oleh orang kenamaan dan kerabat diRja.Dengan ketibaan pedagang asing pakaian serta kain seperti sutera cina,pelikat dan jubah arab diperkenalkan di negara ini.
Kini pakaian tradisional seperti kebaya Melayu,sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas di Malaysia.
Budaya pemakaian tradisional semakin dilupakan.Oleh itu,budaya memakai pakaian tradisional seharusnya dikekalkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.Jika dilihat,kebanyakkan remaja Melayu di zaman era globalisasi ini lebih menyukai pakaian ala-ala barat.Mereka tidak sedar dengan perbuatan yang sebegitu sebenarnya sedikit sebanyak menghakis budaya pemakaian pakaian tradisional sesebuah kaum itu sendiri.
Dalam erti kata lain,berbanggalah dengan pakaian tradisional kita sendiri kerana itu dapat melambangkan identiti sesebuah masyarakat itu sendiri.

Oleh:Florence Kon Tzehsien 206331
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU LELAKI

Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. Selain itu ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-majlis rasmi. Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan sampin dan songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera.
Baju Kurung Cekak Musang merupakan pakaian adat Negeri Sembilan dari songket jalur berdiri. Pakaian ini diperlengkap dengan sampin bunga penuh dan tengkolok ikatan Dendam Tak Sudah. Manakala Baju Kurung Teluk Belanga dilengkapi dengan tenunan sutera dan songket sarat ikatan pembesar.







Oleh:
Nabihah Zur Ain Anwar 207619
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU PEREMPUAN

Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.
Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak.
Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.

Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala.




Oleh:Amirah Haziqah Abd Malak 207675
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA LELAKI

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA PEREMPUAN

Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama “Cheongsam” bererti “pakaian panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek Propinsi Guangdong (Canton) di Tiongkok.Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas. Beberapa motif yang umum dipakai untuk cheongsam adalah bunga, burung, naga, dan sebagainya. Motif-motif tersebut mempunyai makna-makna tertentu dan hanya dapat dikenakan kaum sosial tertentu sahaja:
• Peony
Selama lebih dari 5000 tahun, motif bunga peony umum dikenakan wanita China. Bunga yang juga menjadi bunga nasional bangsa China ini memiliki simbol kekayaan dan kesejahteraan

• Teratai
Dalam tradisi China, bunga teratai merupakan lambang pengorbanan yang sakral. Pada masyarakat Tibet, teratai mencerminkan kecantikan yang suci.

• Bunga krisan
Bagi masyarakat china, bunga krisan adalah perlambang panjang umur.

• Ikan
Ikan juga merupakan lambang kesejahteraan.

• Burung
Motif burung adalah lambang kecantikan dan kemurnian. Namun motif burung tertentu melambangkan kelas sosial pemakainya. Burung phoenix misalnya, hanya bisa dikenakan oleh keluarga inti kerajaan. Misalnya permaisuri dan putri kaisar. Motif burung merak bisa dikenakan wanita bangsawan tingkat dua, sedangkan motif bebek mandarin bisa dikenakan kelas sosial berikutnya.


Oleh:Wang Mei Ru 206400

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA


Seperti masyarakat lain di Malaysia,kaum India juga tidak terlepas daripada mempunyai pakaian tradisional mereka yang tersendiri.Berikut adalah beberapa contoh pakaian kaum India yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
• SARI
Sari merupakan pakaian tradisional India. Ia adalah sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang yang dipadankan dengan dengan kain dalam yang warnanya sama atau seakan-akan sama dengan kain sari tersebut serta choli yang berwarna sama atau setentang dengnannya.Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri.Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat berfungsi menyokong kain sari tersebut daripada terlucut.
• SALWAR KAMEEZ
Pakaian salwar kameez atau lebih dikenali dengan panggilan Baju Punjabi merupakan pakaian yang begitu popular di kalangan kaum wanita di utara India. Ia terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar serta tudung kepala yang sesuai warnanya.
• KURTA
Kurta adalah sejenis pakaian labuh yang dipakai oleh kaum lelaki di India pada majlis-majlis rasmi dengan labuhnya di bawah atau di atas paras lutut si pemakainya. Masyarakat India lazimnya mengenakan kurta dengan salwar atau seluar panjang. Kebiasaannya kurta diperbuat daripada kain kapas atau linen.
• DHOTI
Dhoti juga merupakan salah satu pakaian kasual bagi kaum lelaki di India.Dhoti berbentuk segi empat tepat dan tidak berjahit.Panjangnya menghampiri 5 ela dan dapat membaluti seluruh pinggang si pemakainya.Dhoti biasanya dipadankan dengan kurta iaitu sejenis baju yang labuh.


Oleh:Saidatul Nadhirah Awal Ludin 207603
PAKAIAN TRADISIONAL BABA NYONYA

Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan dimana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campure seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu.

Pendatang Cina yang berkahwin dengan penduduk Melayu selalunya memakai pakaian kebaya yang anggun. Baju buatan tangan ini memerlukan kepakaran bagi menyulam corak-corak yang kelihatan seakan-akan renda yang halus. Hiasan utama baju kebaya adalah sulaman tebuk lubang di mana garisan corak motif bunga di jahit manakala bahagian tengah dasar kain yang tidak terjahit pula ditebuk lubang.Oleh hal yang demikian, menghasilkan hiasan yang seakan-akan renda yang halus, yang dikenakan pada bahagian leher, lengan, hujung blaus serta dua bucu segitiga di bahagian depan baju yang dikenali sebagai lapik.
Hingga ke hari ini masih terdapat banyak kaum Nyonya yang memakai kain sarung dan kebaya. Pakaian nyonya merupakan satu simbol identiti bagimasyarakat Baba. Pakaian ini dapat membezakan kaum Baba dari Cina dan Baba yang lumrahnya memang tidak memakai sarung dan kebaya.
Namun sejak kebelakangan ini, masyarakat Cina bukan Baba mula berjinak – jinak dengan sarung sehingga sebilangan kecil masyarakat Cina bukan Baba telah dapat menyesuaikan diri dengan memakai sarung.
Masih terdapat perbezaan di antara di dalam pemakaian masyarakat Baba dengan masyarkat Cina di mana kebaya yang dipakai masyarakat Baba memerlukan 3 pasang kerongsang untuk dijadikan butang yang mana budaya yang diwarisi masyarakat Melayu tidak mempunyai butang.


Oleh:Visalini A/P Perumal 200032
PAKAIAN TRADISIONAL SARAWAK

Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragamhias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragamhias pasa pakaian membentuk motif-motif etnik samada dari tenunan, jalinan manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.
Baju Melayu Cekak Musang merupakan pakaian tradisional bagi lelaki Melayu. baju ini dipadankan dengan samping songket tenunan Sarawak. Wanita Melayu pula memakai Baju Kurung dan kain sarung songket serta tudung kerengkam. Lelaki Melanau pula memakai baju satin hitam yang digandingkan dengan samping broked dan hiasan kepala kopiah Jawa. Wanitanya memakai Bajau Baban lengan lebar berwarna hitam dan kain songket Sarawak serta hiasan diri dari emas dan perak juga.


Pakaian Lelaki Iban


Lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang.
Pakaian Perempuan Iban
Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi.

Pakaian Perempuan orang Ulu

Banyak menggunakan manik dan labuci sebagai penyeri pakaian. Pakaian ini dibuat dari baldu berhias labuci motif aso dan naga. Subang telinga iseng dari tembaga bagi melanjutkan telinga yang menjadi kebanggaan bagi wanitanya.

Pakaian lelaki Bidayuh

Baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang.
Pakaian lelaki Melanau
Dari satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa.

Pakaian Perempuan Melanau

Pakaian pengantin zaman silam Serebaeng atau Bajo Baban ini digayakan wanita Melanau berketurunan Sembilan Pikul. Bajunya dari kain satin atau baldu dan selendang yang dihiasi kepingan perak dan emas. Kain sarung songket jong sarat dan memakai tali pinggang serta pending.

Oleh:Lau Shin Tong 206517
PAKAIAN TRADISIONAL SABAH

Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Di antaranya adalah Kadazandusun, Bajau, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.

Penggunaan pakaian-pakaian tradisional mereka boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa uparaca-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang tertentu seperti di hari perkahwinan oleh pengantin lelaki dan perempuan serta untuk acara-acara kebudayaan.
Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian traditional mereka.Oleh itu,penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu.

Pada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri, butang putih atau cakera yang dibuat daripada cengkerang dan tembaga digunakan untuk menghiasi pakaian lelaki dan perempuan. Pada hari ini, kebanyakan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-manik plastik dan bahan moden yang lain seperti benang emas dan perak, labuci dan benang berwarna. Seperti dahulu, hiasan-hiasan ini masih lagi disertai dengan tali pinggang yang dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti manik cengkerang dan kaca duit syiling perak, tembaga dan logam-logam lain, lapik pinggang yang dibuat daripada rotan berwarna untuk mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dibuat daripada berbagai-bagai bahan dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang juga dipakai untuk menghiasi lengan, pergelangan tangan serta kaki.
Tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan wanita sebagai pakaian biasa sebagai pelindung dan penahan peluh. Pada majlis-majlis upacara, terendak-terendak yang dipakai adalah lebih indah dan berwarna-warni. Spesialis ritual memakai tutup kepala dan pakaian dengan hiasan yang banyak yang membezakan mereka dari orang biasa apabila mereka menjalankan sesuatu upacara tradisional. Kaum lelaki masih memakai sigah sejak dari dahulu lagi. Sigah atau tanjak ini adalah sekeping kain segi empat yang dipakai dalam berbagai-bagai bentuk mengikut daerah atau asal si pemakai. Kaum wanita pula memakai manik, sisir, tudung dan terendak bergantung pada waktu dan kegiatan yang dilakukan.

Oleh:Mohd Zaimie Bin Md Zaid 206407
LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN BUDAYA PEMAKAIAN PAKAIAN TRADISIONAL.


Cara yang paling efektif dalam memartabatkan warisan budaya Malaysia melalui mempromosikannya.Cara-cara mempromosikannya ialah menganjurkan pelbagai pameran,mengadakan forum,memberikan ceramah,menyediakan poster,membina papan iklan serta menyediakan dan mengedarkan risalah. Menghasilkan dokumentasi,menganjurkan lawatan kebudayaan dan festival kebudayaanserta program pertukaran belia antarabangsa.
Selain itu,langkah-langkah yang boleh diambil ialah dengan mengadakan program pertukaran budaya. Hal ini kerana,sesuatu kaum itu tidak hanya terhad dalam pengetahuan budaya masyarakat mereka sahaja. Pendedahan sebegini amat penting dalam mengekalkan budaya pemakaian pakaian tradisional yang seharusnya diwarisi daripada generasi kepada satu generasi yang akan datang.
Pada masa yang sama,kerajaan juga harus sama memainkan peranan dalam mengekalkan budaya pemakaian tradisional ini sebagai contoh Kementerian Kesenian,Kebudayaan dan Pelancongan. Langkah-langkah dalam memastikan pengekalan ini ialah seperti mempopularkan kembali pemakaian tradisional, mengadakan pertunjukan pemakaian tradisional,setiap negeri juga harus memainkan peranan supaya dapat menarik minat rakyat Malaysia supaya mencintai pakaian tradisional bangsa mereka sendiri.

Oleh:Muhammad Ariff Yusof 206157
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya , pakaian tradisional merupakan sebahagian daripada budaya kita walau di mana sekali pun kita berada . Seperti di Malaysia , pakaian tradisional melambangkan kebudayaan sesebuah kaum itu sendiri . Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum termasuk yang berada di Sabah dan Sarawak . Jika diteliti , terdapat pelbagai jenis pakaian yang terdapat dalam sesuatu kaum itu sendiri . Sebagai contoh , dalam masyarakat Melayu pakaian tradisional yang paling popular adalah baju kurung bagi perempuan dan baju melayu bagi lelaki . Bagi masyarakat Cina pula adalah cheongsam bagi perempuan dan samfu bagi lelaki . Manakala , dalam masyarakat India , sari dipakai oleh perempuan dan dhoti serta kurta bagi lelaki . Berbanding dengan penduduk di Semenanjung Malaysia , masyarakat di Sabah dan Sarawak juga tidak ketinggalan daripada segi pakaian tradisional kerana setiap pakaian tradisional kaum-kaum tertentu tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri yang boleh dibanggakan . Terdapat pelbagai kaum di Sabah seperti kaum Iban , Kadazan-Dusun , Melayu-Brunei dan sebagainya yang mempunyai pakaian tradisional masing-masing yang akan dipakai pada upacara tertentu terutamanya pada hari-hari perayaan . Begitu juga dengan kaum-kaum lain yang terdapat di Sarawak seperti kaum Melanau , Bidayuh , Murut , Kelabit dan banyak lagi .
Oleh itu , kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia . Kita juga sepatutnya mengkaji sejarah-sejarah kebudayaan yang terdapat di negara kita sendiri supaya minda kita tidak terlalu disempitkan dengan sejarah budaya bangsa sendiri sahaja . Setiap pakaian tradisional melambangkan sesuatu kaum di Malaysia . Hal ini kerana, daripada pengamatan terhadap pakaian seseorang itulah kita dapat mengagak individu tersebut berasal daripada kaum apa. Tetapi kini , masyarakat Malaysia telah menunjukkan perpaduan hati dan budaya kerana pakaian tradisional tidak lagi terhad kepada kaum tertentu sahaja , malah masyarakat dari kaum-kaum lain juga boleh mengenakan pakaian yang sama . Bersama-samalah kita menjayakan slogan "1Malaysia" yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kita yang kelima , YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak ke arah mencapai wawasan 2020 seperti yang pernah diutarakan oleh mantan Perdana Menteri yang keempat , Tun Dr. Mahathir Mohamad tanpa mengira perbezaan warna kulit, bahasa , bangsa dan agama anutan masing-masing kerana kita semua adalah "1Malaysia".


Oleh:Siti Aisah Zulkiflee 207669