KESIMPULAN

Secara keseluruhannya , pakaian tradisional merupakan sebahagian daripada budaya kita walau di mana sekali pun kita berada . Seperti di Malaysia , pakaian tradisional melambangkan kebudayaan sesebuah kaum itu sendiri . Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum termasuk yang berada di Sabah dan Sarawak . Jika diteliti , terdapat pelbagai jenis pakaian yang terdapat dalam sesuatu kaum itu sendiri . Sebagai contoh , dalam masyarakat Melayu pakaian tradisional yang paling popular adalah baju kurung bagi perempuan dan baju melayu bagi lelaki . Bagi masyarakat Cina pula adalah cheongsam bagi perempuan dan samfu bagi lelaki . Manakala , dalam masyarakat India , sari dipakai oleh perempuan dan dhoti serta kurta bagi lelaki . Berbanding dengan penduduk di Semenanjung Malaysia , masyarakat di Sabah dan Sarawak juga tidak ketinggalan daripada segi pakaian tradisional kerana setiap pakaian tradisional kaum-kaum tertentu tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri yang boleh dibanggakan . Terdapat pelbagai kaum di Sabah seperti kaum Iban , Kadazan-Dusun , Melayu-Brunei dan sebagainya yang mempunyai pakaian tradisional masing-masing yang akan dipakai pada upacara tertentu terutamanya pada hari-hari perayaan . Begitu juga dengan kaum-kaum lain yang terdapat di Sarawak seperti kaum Melanau , Bidayuh , Murut , Kelabit dan banyak lagi .
Oleh itu , kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia . Kita juga sepatutnya mengkaji sejarah-sejarah kebudayaan yang terdapat di negara kita sendiri supaya minda kita tidak terlalu disempitkan dengan sejarah budaya bangsa sendiri sahaja . Setiap pakaian tradisional melambangkan sesuatu kaum di Malaysia . Hal ini kerana, daripada pengamatan terhadap pakaian seseorang itulah kita dapat mengagak individu tersebut berasal daripada kaum apa. Tetapi kini , masyarakat Malaysia telah menunjukkan perpaduan hati dan budaya kerana pakaian tradisional tidak lagi terhad kepada kaum tertentu sahaja , malah masyarakat dari kaum-kaum lain juga boleh mengenakan pakaian yang sama . Bersama-samalah kita menjayakan slogan "1Malaysia" yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kita yang kelima , YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak ke arah mencapai wawasan 2020 seperti yang pernah diutarakan oleh mantan Perdana Menteri yang keempat , Tun Dr. Mahathir Mohamad tanpa mengira perbezaan warna kulit, bahasa , bangsa dan agama anutan masing-masing kerana kita semua adalah "1Malaysia".


Oleh:Siti Aisah Zulkiflee 207669

1 ulasan:

  1. saya bangga menjadi rakyat Malaysia :)) nice Blog

    BalasPadam