PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA


Seperti masyarakat lain di Malaysia,kaum India juga tidak terlepas daripada mempunyai pakaian tradisional mereka yang tersendiri.Berikut adalah beberapa contoh pakaian kaum India yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
• SARI
Sari merupakan pakaian tradisional India. Ia adalah sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang yang dipadankan dengan dengan kain dalam yang warnanya sama atau seakan-akan sama dengan kain sari tersebut serta choli yang berwarna sama atau setentang dengnannya.Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri.Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat berfungsi menyokong kain sari tersebut daripada terlucut.
• SALWAR KAMEEZ
Pakaian salwar kameez atau lebih dikenali dengan panggilan Baju Punjabi merupakan pakaian yang begitu popular di kalangan kaum wanita di utara India. Ia terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar serta tudung kepala yang sesuai warnanya.
• KURTA
Kurta adalah sejenis pakaian labuh yang dipakai oleh kaum lelaki di India pada majlis-majlis rasmi dengan labuhnya di bawah atau di atas paras lutut si pemakainya. Masyarakat India lazimnya mengenakan kurta dengan salwar atau seluar panjang. Kebiasaannya kurta diperbuat daripada kain kapas atau linen.
• DHOTI
Dhoti juga merupakan salah satu pakaian kasual bagi kaum lelaki di India.Dhoti berbentuk segi empat tepat dan tidak berjahit.Panjangnya menghampiri 5 ela dan dapat membaluti seluruh pinggang si pemakainya.Dhoti biasanya dipadankan dengan kurta iaitu sejenis baju yang labuh.


Oleh:Saidatul Nadhirah Awal Ludin 207603

Tiada ulasan:

Catat Ulasan