PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA LELAKI

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA PEREMPUAN

Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama “Cheongsam” bererti “pakaian panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek Propinsi Guangdong (Canton) di Tiongkok.Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas. Beberapa motif yang umum dipakai untuk cheongsam adalah bunga, burung, naga, dan sebagainya. Motif-motif tersebut mempunyai makna-makna tertentu dan hanya dapat dikenakan kaum sosial tertentu sahaja:
• Peony
Selama lebih dari 5000 tahun, motif bunga peony umum dikenakan wanita China. Bunga yang juga menjadi bunga nasional bangsa China ini memiliki simbol kekayaan dan kesejahteraan

• Teratai
Dalam tradisi China, bunga teratai merupakan lambang pengorbanan yang sakral. Pada masyarakat Tibet, teratai mencerminkan kecantikan yang suci.

• Bunga krisan
Bagi masyarakat china, bunga krisan adalah perlambang panjang umur.

• Ikan
Ikan juga merupakan lambang kesejahteraan.

• Burung
Motif burung adalah lambang kecantikan dan kemurnian. Namun motif burung tertentu melambangkan kelas sosial pemakainya. Burung phoenix misalnya, hanya bisa dikenakan oleh keluarga inti kerajaan. Misalnya permaisuri dan putri kaisar. Motif burung merak bisa dikenakan wanita bangsawan tingkat dua, sedangkan motif bebek mandarin bisa dikenakan kelas sosial berikutnya.


Oleh:Wang Mei Ru 206400

7 ulasan:

  1. so. goooooooooooood. best

    BalasPadam
  2. Em... bagus tapi boleh tak sediakan gambar lelaki yang berpakaian tradisional lebih banyak.

    BalasPadam
  3. Pakaian tradisional bangsa Cina bukan Cheongsam dan Samfoo la...lebih 99% bangsa Cina di Malaysia adalah etnik Han, jadi pakaian tradisionak bangsa Cina adalah Hanfu. Cheongsam dan Samfoo adalah baju moden berunsur Manchurian yang dicipta pada 1910, jadi tidak boleh dikira sebagai baju tradisional Cina. Manchurian adalah etnik yang memerintah Negara China pada Dinasti Qing, sebelum itu Negara China adalah diperintah oleh bangsa Han. Hanfu adalah seri pakaian yang bersejarah selama 4000 tahun, tapi sayang bila tiba Dinasti Qing semua bangsa Han dipaksa memakai baju bangsa Manchurian, sejak itu Hanfu telah pupus kira-kira 300 tahun. Kini Hanfu telah kembali dengan "Gerakan Hanfu" yang berlaku diseluruh dunia terutama di golongan masyarakat Cina.

    BalasPadam
  4. Saya tidak mahu melihat negara atau NKEA yang lain

    BalasPadam